Nada's posts with tag: wanita

What are tags? You can give your posts a "tag", which is like a keyword. Tags help you find content which has something in common. You can assign as many tags as you wish to each post.
View posts by people in your network with tag wanita
Blog EntrySelamat untuk anda para wanita,Jun 10, '08 9:06 AM
for everyone

Selamat untuk Anda, kerana anda wanita yang shalat,puasa,taat,lagi patuh.

Selamat untuk Anda, kerana anda wanita yang berhijab(berjilbab),pemalu,anggun,lagi berkeperibadian kukuh.

Selamat untuk Anda, kerana anda wanita yang berpendidikan,gemar membaca,sedar,lagi mempunyai petunjuk yang benar.

Selamat untuk Anda, kerana anda seorang wanita yang setia,dipercayai,jujur,dan suka berderma.

Selamat untuk Anda, kerana anda wanita yang penyabar,selalu berharap akan pahala Allah,bertobat,dan senantiasa kembali ke jalan-Nya.

Selamat untuk Anda kerana anda seorang wanita yang banyak berzikir,bersyukur,berdoa,lagi pemuh kesedaran.

Selamat untuk Anda, kerana anda adalah wanita yang mengikuti jejak Aisyah,Maryam,dan Khadijah.

Selamat untuk Anda, kerana anda adalah wanita yang mendidik calon-calon pahlawan dan mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka.

Selamat untuk Anda,kerana anda adalah wanita yang memelihara norma-norma etika lagi memelihara idealisme yang tinggi.

Selamat untuk Anda, kerana anda adalah wanita yang membela hal-hal yang disucikan dan jauh dari hal-hal yang diharamkan,,,,,,,,,,,

Wahai wanita, sinarilah seluruh kehidupan kita dengan sinar Al-Qur’an dan sunnah Rasulullah  karena di dalam keduanya terdapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Dan hindarilah wahai wanita, dari perbuatan yang mengikuti hawa nafsu, karena Allah swt. Berfirman : “Maka apakah orang yang berpegang pada keterangan yang datang dari Robbnya sama dengan orang yang (telah dijadikan oleh syetan) memandang perbuatannya yang buruk itu sebagai perbuatan baik dan mengikuti hawa nafsunya.” (Muhammad:14).

  Hendaklah akhlak kita adalah Alqur’an.
Dari Aisyah r.a. berkata: “Akhlak Nabi adalah alqur’an”


 


Blog EntryWadah wanita sholihahJun 7, '08 7:11 AM
for everyone

Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dibatasi,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solihah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya,
Kemanisan wanita solihah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu,

Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras rupa
yang indah bak permata yang menyinari alam,

Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan dan kekebalannya
dalam ilmu serta pandai dari segala aspek,

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan bangga dengan kecantikan wajahmu,
kerana satu hari nanti ia akan lapuk di telan zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan didalamnya,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi,

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi
yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu,

Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu,
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu,

Wahai wanita solehah jangan risau akan jodohmu,
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut
pada wanita hanya kerana kecantikannya,
Bersyukurlah diatas apa yang ada,
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama.

Salam perjuangan untuk sahabatku,
Wanita solehah.

"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah"

 


Blog EntryKeagungan dan Keindahan Wanita,May 3, '08 11:38 AM
for everyone

Keanggunan dan ke indahan tidak
di tentukan oleh kecantikan wajah,

Wajah yang cantik tidak terlihat indah
karna tertutup oleh kabut penghalang,

Wajah yang biasa-biasa saja akan terlihat indah
karna pancaran KEANGUNGAN DALAM DIRINYA,

Jadi mau memilih yang mana?
 
Ingatlah jangan sampai rugi,
pengeyasalan tidak akan berarti,

Teman sejati adalah,,,,,,,

Asma ILAHI,,,,,
Yang selalu hadir di HATI....

 


Blog EntryUntuk Yang Bergelar Wanita SholihahApr 28, '08 8:54 AM
for everyone

Assalamualikum wr wb,

Kasih sayang dan kemesraan senantiasa tersemat
di dalam sanubari seorang wanita yang merupakan fitrah
dan karunia  Alloh SWT,,

Namun keistimewaan itu tidak cukup untuk menjadikannya
wanita sholihah jika tidak dihiasi dengan ajaran yang mulia
Hanya yang telah melengkapi diri dnegan budi pekerti luhur
dan keimanan yang murni akan kekal mekar sebagai bunga
idaman yang menghiasi taman syurga

Wanita sholihah akan menghiasi kehidupanya
dengan fitrah kebenaran,,

Jika dia seorang anak,
maka ia akan menjadi anak yang sholihah.                                     
berbakti kepada kudua orang tua

Jika dia seorang istri
maka dia akan taat dan patuh terhadap suami,

Jika dia seorang ibu,
maka dia akan mencurahkan kasih sayangnya untuk anak2nya

Begitu juga sebagai hamba Alloh.
dia akan senantiasa tunduk dan menyerahkan
diri kepada-NYA,

Selanjutnya wanita sholihah mampu menghargai dirinya
 sendiri dan mampu pula menjalinkan hubungan
silaturrahimnya sesama insan,,

                        Semuga Hijab Menjadi Pakaianmu,
                           Semuga Kesucian MenjadI Amalanmu
                         Semuga Kesopanan Menjadi Perhisanmu
                             Semuga Syurga Menjadi Tempatmu

                                                    ,,,AMIN,,,,

                                       Wassalamualikum,

 

 


Blog EntryHanya Untukmu Wanita,Apr 26, '08 8:42 PM
for everyone


Hanya untuk mu wanita,,

Wanita.....Lembut mu tak berarti kau mudah di jual beli,
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebangaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati,

Di sebalik bersih wajah mu di sebalik tabir dirimu
Ada rahasia agung tersembunyi dalam dirimu,
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdi diri

Malu mu mahkota yang tidak diperlukan singahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tak seorangpun yang bisa merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari di binasakan,
Wahai para wanita,kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya,, Insya Alloh,

 

 


Blog EntryUntukMU Mujahidah SholihahApr 22, '08 9:13 PM
for everyone

                       Buatmu mujahidah Sholihah

Dengan kecantikanmu.
kau lebih indah daripada mentari,
sinar wajahmu,
dipencari nur iman yang hakiki,

Dengan akhlakmu
kau lebih wangi dari segala keharuman
lebih indah dari segala perhiasan,
perhiasan dunia
engkaulah yang terindah,

Dengan kerendahan hatimu
kau lebih tinggi dari rembulan.
walau hatimu di dasar lautan,
tetap di sanjung,,
setinggi bintang berkelipan,
indah nian menghiasi malam,

Dengan kelembutanmu
kau lebih halus dari rintik hujan
renyai membasahi bumi ciptaan Alloh,
Dalam kelembutan itu
ada jua ketegasan muslimah sejati
engkaulah mawar berduri,

Maka pertahankanlah keindahan ini
agar terus menjadi sayap kiri perjuangan islam,

Berjuang LILLAHI TA'ALA
martabat Ad-deen istiqomah di pelihara
penegak Kalimah Alloh di muka bumi,

ENGKAULAH MUJAHIDAH SEJATI,,,,,,,,,,,,,

 

 


ReviewReviewReviewReviewReview10 Contoh Wanita Yang di Murkai Alloh SWT,,Apr 18, '08 1:12 PM
for everyone
Category:Other
Bimillahirrohmanirrohim..

Abdullah bin Umar r.a. meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. bersabda: "Kalau seandainya apa yang ada dibumi ini merupakan emas & perak serta dibawa oleh seorang wanita kerumah suaminya. Kemudian pada suatu hari dia terlontar kata-kata angkuh, "Engkau ini siapa? Semua harta ini milikku & engkau tidak punya harta apa pun." Maka hapuslah semua amal kebaikannya walaupun banyak. Nabi s.a.w. adalah seorang yang sangat kasih pada ummatnya & terlalu menginginkan keselamatan bagi kita dari azab Allah. Beliau menghadapi segala rupa penderitaan, kesakitan, keletihan & tekanan. Begitu juga air mata & darah baginda telah mengalir semata-mata kerana kasih-sayangnya terhadap kita. Maka lebih-lebih lagi kita sendirilah yang wajar berusaha untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita & seluruh ummat baginda.

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, aku melihat orang sedang mengalami berbagai penyiksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Beliau bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6. Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7. Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8. Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung, telinga, mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9. Wanita yang berkepala seperti kepala babi & kaldai yang mendapat berjuta jenis siksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,"Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku... ceritakanlah kepadaku apakah amal perbuatan wanita-wanita itu."

Rasulullah s.a.w. bersabda, "Wahai Fatimah, adapun tentang :

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya tidak menutup dengan hijab) dikalangan lelaki.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata.

3. Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuatkan mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira' kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

4. Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

5. Adapun wanita yang diikat dengan kaki & tangannya itu kerana dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dari haid & nifas.

6. Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang.

7. Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

8. Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa. Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

9. Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti kaldai kerana dia suka mengadu-domba (melaga-lagakan orang) serta berdusta.

10. Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah- marah pada suaminya.

Dan ada diantara isteri nabi-nabi yang mati dalam keadaan tidak beriman kerana mempunyai sifat yang buruk walaupun mereka adalah isteri manusia yang terbaik dizaman itu. Diantara sifat buruk mereka:

1. Isteri Nabi Nuh suka mengejek & mengutuk suaminya.

2. Isteri Nabi Lut suka bertandang kerumah orang.

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan kebaikan dan meninggalkan keburukan. Kalau kita tidak merasa takut atau rasa perlu berubah... maka kita kena khuatir, takut kita tergolong dalam mereka yang tidak diberi petunjuk oleh Allah. Dah tau pun tak ada rasa apa-apa.

Na'uzubillahi Min Dzalik




ReviewReviewReviewReviewReviewWanita Oh Wanita,,Wanita ciptaan istimewa,,,Apr 15, '08 5:52 AM
for everyone
Category:Other









WANITA CIPTAAN ISTIMEWA

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat
menahan(menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah
terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur
duka dan dia baru memperolehinya dengan pernikahan,.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan
menghilangkan sebagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan
bernikahan dan sebahagian yang lain diatasi
setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai
adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya
yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan
menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang
suami, dan apabila ia sudah memperolehinya,
ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia
tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan
kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum nikah, wanita hafal seluruh jawaban dan
sesudah nikah,ia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya,
maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita,
lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam
mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis
apabila ia menginginkan sesuatu..

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu
menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci,
dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut
sampai saat dia menikah.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa
didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta,
sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya
setiap kali berbicara dengan suaminya,
dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab
mengharuskan pemberinya mengingatkan
harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik,
yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila
berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya
dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi
sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan
mendengarkan. Pada saat perkahwinan, perempuan berbicara dan
pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkahwinan, suami dan
isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu
berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di
sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban
dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan
setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara
lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.


ReviewReviewReviewReviewReviewTips Bangun dari Tidur Seorang Muslimah,,Apr 13, '08 9:08 AM
for everyone
Category:Other


Bismillahirrohmanirrohim,,

Jika sudah bangun tidur hendaknya membaca do’a sebelum berdiri dari tempat pembaringan, yaitu

“Alhamdulillahilladzii ahyaanaa ba’damaa amaatanaa wa ilayhinnusyuur.”

“Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah ditidurkan-Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan.” (HR. Al-Bukhari No. 6312 dan Muslim No. 2711)

Hendaknya menyucikan hati dari setiap dengki yang (mungkin timbul) pada saudaranya sesama muslim dan membersihkan dada dari kemarahannya kepada manusia lainnya.

Hendaknya senantiasa menghisab (mengevaluasi) diri dan melihat (merenungkan) kembali amalan-amalan dan perkataan-perkataan yang pernah diucapkan.

Hendaknya segera bertaubat dari seluruh dosa yang dilakukan dan memohon ampun kepada Alloh dari setiap dosa yang dilakukan pada hari itu.

Setelah bangun tidur, disunnahkan mengusap bekas tidur yang ada di wajah maupun tangan.

“Maka bangunlah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dari tidurnya kemudian duduk sambil mengusap wajah dengan tangannya.” [HR. Muslim No. 763 (182)]

Bersiwak.

“Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun malam membersihkan mulutnya dengan bersiwak.” (HR. Al Bukhari No. 245 dan Muslim No. 255)

Beristinsyaq dan beristintsaar (menghirup kemudian mengeluarkan atau menyemburkan air dari hidung). “Apabila salah seorang di antara kalian bangun dari tidurnya, maka beristintsaarlah tiga kali karena sesunggguhnya syaitan bermalam di rongga hidungnya.” (HR. Bukhari No. 3295 dan Muslim No. 238)

Mencuci kedua tangan tiga kali, berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Apabila salah seorang di antara kamu bangun tidur, janganlah ia memasukkan tangannya ke dalam bejana, sebelum ia mencucinya tiga kali.” (HR. Al-Bukhari No. 162 dan Muslim No.278)

Jika bermimpi buruk, jangan sekali-kali menceritakannya pada siapapun kemudian meludah ke kiri tiga kali (diriwayatkan Muslim IV/1772), dan memohon perlindungan kepada Alloh dari godaan syaitan yang terkutuk dan dari keburukan mimpi yang dilihat. (Itu dilakukan sebanyak tiga kali) (diriwayatkan Muslim IV/1772-1773). Hendaknya berpindah posisi tidurnya dari sisi sebelumnya. (diriwayatkan Muslim IV/1773). Atau bangun dan shalat bila mau. (diriwayatkan Muslim IV/1773).

Wallohuh A'lam bissowab,,,,,,,,


ReviewReviewReviewReviewReviewTips Tidur bagi MuslimahApr 13, '08 8:57 AM
for everyone
Category:Other



Assalamualikum wr wb,,

Tidur bagi muslimah merupakan saat yang sangat penting. Karena dalam tidurnya ia mengumpulkan tenaga untuk beribadah kepada Allah. Selain itu, ketika tidur hati seorang muslimah di antara jemari Allah. Seorang muslimah cantik karena agamanya. Jadi tidurnya pun harus cantik. Hendaknya seorang muslimah menjaga adab-adab dalam tidur dengan adab yang diajarkan dalam agama Islam. Bagaimana adab-adabnya?

Tidak tidur terlalu malam setelah sholat isya kecuali dalam keadaan darurat seperti untuk mengulang (muroja’ah) ilmu atau adanya tamu atau menemani keluarga, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Barzah radhiyallahu ‘anhu:

“Bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘allaihi wasallam membenci tidur malam sebelum (sholat Isya) dan berbincang-bincang (yang tidak bermanfaat) setelahnya.” [Hadist Riwayat Al-Bukhari No. 568 dan Muslim No. 647 (235)]

Hendaknya tidur dalam keadaan sudah berwudhu, sebagaimana hadits: “Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan sholat.” (HR. Al-Bukhari No. 247 dan Muslim No. 2710)

Hendaknya mendahulukan posisi tidur di atas sisi sebelah kanan (rusuk kanan sebagai tumpuan) dan berbantal dengan tangan kanan, tidak mengapa apabila setelahnya berubah posisinya di atas sisi kiri (rusuk kiri sebagai tumpuan). Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah: “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu.” (HR. Al-Bukhari no. 247 dan Muslim no. 2710)

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi kanannya.” (HR. Abu Dawud no. 5045, At Tirmidzi No. 3395, Ibnu Majah No. 3877 dan Ibnu Hibban No. 2350)

Tidak dibenarkan telungkup dengan posisi perut sebagai tumpuannya baik ketika tidur malam atau pun tidur siang. “Sesungguhnya (posisi tidur tengkurap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai Allah Azza Wa Jalla.” (HR. Abu Dawud dengan sanad yang shohih)

Membaca ayat-ayat Al-Qur’an, antara lain:

a) Membaca ayat kursi.

b) Membaca dua ayat terakhir dari surat Al-Baqoroh.

c) Dan dibacakan surat Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas


Hendaknya mengakhiri berbagai doa tidur dengan doa berikut:

“Bismikarabbii wa dho’tu jambii wa bika arfa’uhu in amsakta nafsii farhamhaa wa in arsaltahaa fahfazhhaa bimaa tahfazha bihi ‘ibaadakasshaalihiin.”

“Dengan Nama-Mu, ya Rabb-ku, aku meletakkan lambungku. Dan dengan Nama-Mu pula aku bangun daripadanya. Apabila Engkau menahan rohku (mati), maka berilah rahmat padanya. Tapi apabila Engkau melepaskannya, maka peliharalah, sebagaimana Engkau memelihara hamba-hamba-Mu yang shalih.” (HR. Al-Bukhari No. 6320, Muslim No. 2714, Abu Dawud No. 5050 dan At-Tirmidzi No. 3401)

Disunnahkan apabila hendak membalikkan tubuh (dari satu sisi ke sisi yang lain) ketika tidur malam untuk mengucapkan doa:

“laa ilaha illallahu waahidulqahhaaru rabbussamaawaati wal ardhi wa maa baynahumaa ‘aziizulghaffaru.”

“Tidak ada Illah yang berhak diibadahi kecuali Alloh yang Maha Esa, Maha Perkasa, Rabb yang menguasai langit dan bumi serta apa yang ada diantara keduanya, Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun.” (HR. Al-Hakim I/540 disepakati dan dishohihkan oleh Imam adz-Dzahabi)

Apabila merasa gelisah, risau, merasa takut ketika tidur malam atau merasa kesepian maka dianjurkan sekali baginya untuk berdoa sebagai berikut:

“A’udzu bikalimaatillahi attammati min ghadhabihi wa ‘iqaabihi wa syarri ‘ibaadihi wa min hamazaatisysyayaathiin wa ayyahdhuruun.”

“Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari murka-Nya, siksa-Nya, dari kejahatan hamba-hamba-Nya, dari godaan para syaitan dan dari kedatangan mereka kepadaku.” (HR. Abu Dawud No. 3893, At-Tirmidzi No. 3528 dan lainnya) Wallahuh A'lam bissowab,,,


Blog EntryPohon Pemalu Vs Wanita Sholihah,Apr 12, '08 6:25 AM
for everyone

Ketika Pohon Pemalu Vs Wanita Sholihah...

1. Pohon pemalu akan kuncup apabila disentuh, ini boleh diibaratkan
bahwa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

2. Pohon pemalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan
dirinya. oleh karena itu wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai wanita muslimah

3. Pohon pemalu juga mempunyai akar tunjang yang amat kuat dan
mencengkeram bumi , ini bermakna bahwa wanita sholihah hendaknya
mempunyai keterikatan kuat dgn RabbNya

4. Pohon pemalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang.
Oleh itu wanita sekalian , kembalilah kerumahmu apabila waktu semakin senja

Ambillah pelajaran dari pohon pemalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil,,,^__^


Blog EntryKeindahan JiwaApr 11, '08 8:03 PM
for everyone

“Kecantikan/keindahan adalah kebahagiaan selama-lamanya.”

Tetapi apakah itu?
adalah jiwa kita.
Jiwa adalah keindahan abadi.

Tuhan mengekspresikan dirinya melalui keindahan, murni, tanpa cacat.
pada jiwa kita, hembusanNYA.

Keindahan ini akan tumbuh terus-menerus.
Keindahan ini akan menghias luar dan dalam kita, sebagai rahmatNya.

karena DIA, yang terindah, penguasa jiwa,
karena Dia adalah segala keindahan.

karena fitrah kita selalu ingin menuju sifatNYA,
karena itu kita ingin keindahan jiwa.


ReviewReviewReviewReviewReviewUkhti,Hati-hatilah dengan malu yang tercela,,,Apr 4, '08 6:52 AM
for everyone
Category:Other



Bismillahirrohmanirrohim,

SIFAT MALU ADA DUA MACAM,,

1. Malu yang merupakan watak asli manusia

Sifat malu jenis ini telah menjadi fitrah dan watak asli dari seseorang. Allah menganugerahkan sifat malu seperti ini kepada siapa saja yang dikehendaki-Nya. Memiliki sifat malu seperti ini adalah nikmat yang besar, karena sifat malu tidak akan memunculkan kecuali perbuatan yang baik bagi hamba-hamba-Nya.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, dari Imran Ibn Hushain radhiyallahu’anhu: “Rasa malu itu tidak mendatangkan kecuali kebaikan.” (HR. Bukhari Muslim)

2. Malu yang diupayakan (dengan mempelajari syari’at)

Al-Qurthubi berkata, “Malu yang diupayakan inilah yang oleh Allah jadikan bagian dari keimanan. Malu jenis inilah yang dituntut, bukan malu karena watak atau tabiat. Jika seorang hamba dicabut rasa malunya, baik malu karena tabiat atau yang diupayakan, maka dia sudah tidak lagi memiliki pencegah yang dapat menyelamatkannya dari perbuatan jelek dan maksiat, sehingga jadilah dia setan yang terkutuk yang berjalan di muka bumi dalam wujud manusia.”

Hati-Hati terhadap Malu yang Tercela

Saudariku, ketahuilah bahwa ada malu yang disebut malu tercela, yaitu malu yang menjadikan pelakunya mengabaikan hak-hak Allah Ta’ala sehingga akhirnya dia beribadah kepada Allah dengan kebodohan. Di antara malu yang tercela adalah malu bertanya masalah agama, tidak menunaikan hak-hak secara sempurna, tidak memenuhi hak yang menjadi tanggung jawabnya, termasuk hak kaum muslimin.

Nah, saudariku, kini kita tahu! Meskipun malu adalah tabiat dasar seorang wanita, sifat ini tidak boleh menghalangi kita untuk berbuat kebaikan. Berlomba-lombalah dalam berbuat kebaikan sampai kita menjadi wanita yang paling mulia di sisi Allah!

Semoga Allah Ta’ala senantiasa merahmati kita, saudariku… Malu, demikianlah nama sebuah sifat yang sangat lekat ketika kita berbicara tentang wanita. Maka beruntunglah kita ketika Allah menciptakan kita dengan sifat malu yang ada pada diri kita! Karena apa? Hal ini tidak lain karena malu adalah bagian dari iman.Wallahu a’lam.


Category:Other

Assalamualikum,,

"Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari yaitu dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan oleh handuk, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

Untuk menghilangkan stress, salah satu penyebab kerut di wajah, perbanyaklah 'olah raga'. Jika tidak ada waktu untuk pergi ke studio fitness, spot-gym, dan lain-lain. Cukup dengan memperbanyak sholat. Dengan sholat berarti kita menggerakan seluruh tubuh. Konsultasikan semua keluh kesah kita pada Zat Yang Maha Tahu -Allah SWT dengan dzikir dan do'a-.

Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyum. Tidak hanya di bibir tapi di hati juga. Katakan pada diri sendiri anda adalah cantik dan tidak memerlukan segala macam operasi plastik. Tidak lupa membisikan 'kata kunci' "Allahuma kamma hassanta khalgii fahassin khulqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaq ku). (HR Ahmad).

Untuk mendapatkan bibir cantik, bisikan kalimat-kalimat Allah, tidak berkata bohong, atau menyakiti hati orang lain, tidak dipakai menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, singset dan mulus, lakukan diet yang teratur yaitu dengan berpuasa seminggu 2 kali, Senin dan Kamis. Jika kuat, lebih bagus lagi berpuasa seperti nabi Daud AS. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, air putih.

Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

""Semuga bermanfaat bagi semua pembaca,terutama terhadap semua muslimah,,Wassalamualikum,,


Blog EntryRambut itu Ibarat Mahkota,,Apr 2, '08 10:05 AM
for everyone

 

Rambut yang dianggap sbg "mahkota wanita" itu hendaklah ditutup. Ini bukanlah bererti menutup kecantikan wanita.

Kecantikan itu
tidak seluruhnya terletak pada rambut, hingga menutup rambut boleh menghilangkan kecantikan wanita. Ya, memang rambut mahkota wanita, justeru mahkotalah ia tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Ratu hanya memakai mahkota
dalam majlis-majlis tertentu, di hadapan orang-orang tertentu. Dia tidak memakai mahkotanya ke pasar, ke tempat-tempat awam kerana takut akan ada orang yang merompak atau mencurinya.

Begitulah rambut kepada wanita, jika ia dianggap mahkota maka ia perlu disimpan dengan baik. Ditutup dengan kain yang sopan. Dan hanya dipamerkan kepada orang yang berhak yakni kepada suaminya. Tidak, kecantikan wanita
tidak akan terlindung hanya dengan dia menutup kepalanya, kerana ada banyak kecantikan lagi yang boleh dipamerkannya. Misalnya, kecantikan tuturkata, tingkah laku dan budi pekerti.


Blog EntrySopan itu cantik lho mbak,,,Apr 2, '08 8:09 AM
for everyone

 

Assalamualikum,wr wb,,

Wanita juga adalah ciptaan Allah dan tentu sahaja wanita cantik. Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan berbagai manusia, maka sudah pasti kita akan temukan berbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya. Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbagi kepada berbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendek kata kecantikan itu sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi. Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut, tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

 "Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh- Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu?

Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Kecantikan ini jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Kecantikan akhlak adalah satu yang abadi. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya saja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran yang cerdik. Nafsu menilai pada bentuk tubuh yang menarik. Tetapi hati pula
menilai kecantikan pada akhlak dan budi. Dan kecantikan akhlak ini lebih diterima oleh semua orang berbanding kecantikan wajah dan tubuh badan.

Lihatlah di sekeliling kita. Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah. banyak wanita cantik telah diperalatkan ke arah aktiviti-aktiviti kemungkaran.
Kecantikan mereka telah dieksploitasi oleh nafsu dan kepentingan duniawi semata-mata.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah r.a, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Oleh itu dapatkanlah kecantikan sejati. Carilah wajah hati dan rupa budi yang menawan. Ingatlah bahawa kecantikan itu bermula dari dalam ke luar.
Bukan sebaliknya. Oleh itu, pertama, tanamkan di dalam hati kita iman berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Kemudian iman ini
buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah
akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, tapi jangan buruk perangai.

Wassalamualikum,,

 


Blog EntryBagaimana Hati dan akhlak wanita SholihahMar 27, '08 8:06 PM
for everyone

Assalamualikum wr wb,

HATI merupakan unsur yang menjadi penggerak segala aktiviti kehidupan yang sempurna. Dari dorongan hati maka lahirlah sikap,ucapan,tindakan,penglihatan,pendengaran dan perbuatan yang menggambarkan keperibadian seseorang.

di dalam hati tersimpan seribu satu keinginan dan hasrat. Jika tidak dipimpin dengan iman yang kukuh, maka hati akan menggerak keinginan  tersebut menurut kehendak nafsu.

seandainya hati digilap bagaikan cermin maka akan memancarlah biasan fitrah kemurnian insan. Sesungguhnya dari hati yang sehat akan tumbuh subur akhlak dan budi pekerti mulia menghiasi diri seseorang.

hanya insan yang menghargai diri sendiri mampu mengarahkan hatinya menuju kedamaian hidup. Kita memerlukan pedoman dalam membimbing hati menuju ketenangan dan kedamaian.
 
akhlak yang baik adalah untuk menghalang cinta kepada dunia dalam hati seseorang lalu memantapkan cinta kepada Allah. Emosi dan keinginan akan
dapat dibendung dan dikawal serta digunakan hanya untuk hal-hal yang akan mendekatkan diri kepada Allah dengan kemudian syariat dan akal yang akan mendatangkan rasa senang dan nikmat.
 
 Wassalamualaikum,,


Blog EntryTeruntuk sahabat-sahabatku yang di RantauanMar 21, '08 9:24 PM
for everyone


Beberapa pesen buat sahabat-sahabatku yang ada di rantauan,

Bertaqwalah kepada Alloh, takutlah kesiksa-NYA,
dan hindari larangan-NYA,dengan cara engkau melakukan seluruh perintah-NYA,
dan menjauhi seluruh larangan-NYA,
Jauhi segala hal yang membuat alloh SWT murka,seperti berhias,menampakkan aurat,
berbiacara dengan nada yang merayu terhadap lawan jenis,laki2 yang bukan mahromnya,kumudian hindari tempat2 yang mendatangkan keraguan bagi diri kita,laksanakan perintah alloh,,
kewajiban alloh terhadap makhluknya,lakukan,
dan seringlah periksa diri,dari segala hal2 kecil dosa kecil dan besar,yang pernah kita lakukan,yang membuat alloh swt murka,
ketauhilah bahwa Alloh SWT melihat kita,dimanapun kita berada inget sll wasiat Rasululloh,

"Bertaqwalah kepada Alloh di manapun engkau berada lalu ikutkan amal keburukan dengan amal kebajikan,niscaya amal kebajikan akan menghapuskan amal keburukan,dan perlakukanlah manusia dengan perlakuan yang baik",,dan camkanlah bahwa kematian sll datang tiba2,setelah itu engkau menigalkan dirimu,engkau meninggalkan duaniamu,dan engkaupun akan melihat apa yang telah engkau kerjakan di dunia ini,
jika engkau berbuat kebajikan pujilah Alloh,maka jika tidak,maka jangan cela kecuali dirimu,

Sahabatku,,sebagaimana yang telah kita ketahui sering kita dengar dan kita lihat, dan kita pun merasakan,datang keperantauan setelah menempuh jalan yang susah,demi mndapatkan  rizki yang halal,atau menghindari meminta minta kepada orang lain,

setelah sampainya kita dirantauan semua juga tau bagaimana perasaan kita,perasaan keterasingan kita,jauh dari sanak keluarga,jauh dari tanah air tercinta,
semua itu dihadang oleh keletihan jasmani serta kelelahan,karna kita harus bekerja tanpa mengenal waktu,,bahkan kita tidak sempat tidur kecuali hanya beberapa jam saja,
maka janganlah pengorbanan kita ini menjadi sia2 dengan keberadaan kita di negri orang ini,,menfaatkanlah sisa sisa waktu kita untuk beberapa hal yang bermanfaat,selain mengumpulkan uang untuk masa depan,,

Nikmati pekerjaan hari2 kita yang merupakan tujuan kedatangan kita kenegri orang,
dengan cara mengikhlaskannya untuk Alloh SWT semata,karna dengan kita ikhlaskan bekerja untuk mencari rizki dan menafkahi anak2 dan orang tua,selain kita mendapatkan gaji,juga mendapatkan pahala dari ALLOH swt,dan rasa ikhlas ini akan mengantarkan kita, saat kita bekerja dengan perasaan yang tenang,dan bekerja dengan tekun,dan kemudian bila kita lelah saat bekerja atau jemu,maka selingilah pekerjaan dengan cara membaca dzikir,yaitu SUBHANALLOH, WAL HAMDULILLAH, WA LAILAHA ILLALLOH, WA ALLOHU AKBAR,WA LA HAULA HALA, QUWWATA ILLA BILLAHIL ALIYYIL ADZIM,atau istifar,karna sesungguhnya dzikir dapat menambah kekuatan jazmani kita,inilah salah satu rahasia untuk menjaga setamina tubuh,,Insya Alloh,...Wassalam,


Blog EntryAlasan kenapa wanita nggan di madu,,Feb 29, '08 7:22 PM
for everyone

 

Mengapa wanita ogah  di madu,?   "Karna Takut Kehilangan cinta dan kasih sayang suami

Dan Membayangkan kemesraaan suami dengan madunya

Takut harta benda suami akan berpindah pada madunya

Berprasangka buruk dan curiga yang berlebihan

Cemburu kepada anak-anak madunya

Takut hak warisnya berkurang

Takut ditinggalkan suami 

>> ^__^ Bener ngga ya? Manusiawi kan, karna saya sendri juga wanita Maaf kalau salah,,


Blog EntryPosisi Wanita Di Mata Seorang Lelaki,Feb 28, '08 10:50 AM
for everyone

 

Dalam sebuah pepatah Arab disebutkan : .Semua wanita adalah saudara ibu.. Maka Syekh Mustafa al Ghalayani berkomentar : .Salah satu hak seorang lelaki adalah, dia boleh cemburu kepada semua wanita sebagaimana ia cemburu kepada mahramnya, karena semua wanita adalah saudara ibunya (bibi) dalam konteks gender maka mereka seakan-akan menjadi bibinya..

betapa semua wanita itu ibarat saudara ibu yang kita harus merasa cemburu bila melihat kewibawaannya di ganggu, maka merendahkan martabat mereka laksana merendahkan wanita-wanita terdekat kita. Dalam sebuah riwayat diceritakan perihal pemuda yang mendatangi Nabi Saw untuk meminta izin berzina, maka Nabi Saw bertanya : .Wahai anak muda, apakah engkau rela bila hal itu dilakukan kepada ibumu ?. Tentu saja pemuda itu menjawab : .TIDAK !. Lalu Nabi Saw bersabda : .Engkau benar, karena setiap orang juga tidak akan senang bila hal itu dilakukan pada ibunya. Lalu apakah engkau senang bila hal itu dilakukan pada anak wanitamu ?. Lantas berturut-turut Nabi Saw menanyakan, bagaiman jika wanita itu adalah bibi dari bapaknya, lalu bibi dari ibunya, yang semuanya dijawab .TIDAK. oleh si pemuda. Akhirnya Nabi Saw meletakkan tangan di dadanya, seraya berdo.a : . Ya Allah ..sucikanlah hatinya, peliharalah kemaluannya, ampunilah dosanya. Maka sejak saat itu, pemuda itu tak pernah lagi memikirkan untuk melakukan zina (Al Hadits Dari Abu Umamah ra.).

jika demikian semestinya posisi kaum wanita dimata seorang lelaki, maka sudah seharusnya kehormatan mereka itu harus dijaga dari tindakan semena-mena. Apalagi jika ia adalah wanita muslimah sholehah tentu lebih layak bagi mereka untuk mendapatkan perlindungan dan pembelaan. ...

Selamatkanlah para saudara wanita kita, karena mereka ibaratkan saudara ibu kita, siapakah yang ingin saudara ibunya mendapat kesusahan akibat ancaman dan gangguan ?? Maka saling menolonglah kita secara lahir dan bathin, sungguh Allah Swt sangat mencintai hambaNya yang suka tolong menolong. Semoga kita segera terbangun dan tersadar,,,,,,,,,,AMIN,


Pages:12
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help