Rambut yang dianggap sbg "mahkota wanita" itu hendaklah ditutup. Ini bukanlah bererti menutup kecantikan wanita.
Kecantikan itu
tidak seluruhnya terletak pada rambut, hingga menutup rambut boleh menghilangkan kecantikan wanita. Ya, memang rambut mahkota wanita, justeru mahkotalah ia tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Ratu hanya memakai mahkota
dalam majlis-majlis tertentu, di hadapan orang-orang tertentu. Dia tidak memakai mahkotanya ke pasar, ke tempat-tempat awam kerana takut akan ada orang yang merompak atau mencurinya.
Begitulah rambut kepada wanita, jika ia dianggap mahkota maka ia perlu disimpan dengan baik. Ditutup dengan kain yang sopan. Dan hanya dipamerkan kepada orang yang berhak yakni kepada suaminya. Tidak, kecantikan wanita
tidak akan terlindung hanya dengan dia menutup kepalanya, kerana ada banyak kecantikan lagi yang boleh dipamerkannya. Misalnya, kecantikan tuturkata, tingkah laku dan budi pekerti.